Isnin, 1 September 2014

kemahiran hidup

Kemahiran Teknikal

Kemahiran Hidup bersepadu


Bab 3 : Elektronik
3.1       Nama, Simbol dan Fungsi Komponen Elektronik
3.1.1    Litar Bersepadu (Integrated Circuit – I.C)    
1.       Litar bersepadu atau litar terkamil dikenal sebagai Integrated Circuit (I.C). I.C . dibuat daripada bahan separa pengalir.
2.      I.C. terdiri daripada gabungan komponen-komponen elektronik seperti transintor, perintang tetap, diod, dan pemuat dalam satu pakej kecil.
3.      I.C. membentuk satu litar lengkap atau separa lengkap dalam satu pakej kecil yang di sebut sebagai cip silikon.
4.      Fungsi I.C. ialah untuk menjadikan satu litar yang kompleks itu kecil bagi menjimatkan ruang.
5.      I.C. banyak digunakan dalam peralatan elektronik seperti mesin kira, komputer dan televisyen.
6.      Wayar emas digunakan untuk menyambung cip silikon  dengan pin-pin I.C.
7.      Cip silikon ini perlu dilindungi oleh perumah plastic atau logam agar tidak rosak.



8.      Litar bersepadu dihubungkan dengan litar di luar melalui pin-pin pada badannya.
9.      Bilangan pin bertambah berkuasa dengan bertambahnya fungsi litar bersepadu.
10.  Litar bersepadu berkuasa rendah supaya tidak mengeluarkan haba yang berlebihan di dalam litar.
11.  Haba yang berlebihan akan meleburkan sambungan di dalam pakej dan mengakibatkan litar tidak berfungsi.
12.  Litar bersepadu biasanya digunakan pada peralatan elektronik seperti televisyen, komputer dan kamera digital.






I.C. NE 555
1.      I.C. 555 biasanya digunakan sebagai pemasa dalam alat-alat elektronik.
2.      I.C. 555 mempunyai lapan pin.
3.      Dalam litar skematik, I.C. bagi pemasa 555 ditunjukkan dalam bentuk segi empat dan dilabel jenisnya.
4.      Cara mengenai pin-pin litar bersepadu adalah seperti berikut:
8


     7                             4
     6                             3
                        2     1      5
a.      Pada badan, dilabelkan jenisnya, contohnya NE 555;
b.      Sistem pin bernombor adalah bertujuan untuk mengenal pasti fungsi setiap pin;
c.       Untuk untuk litar bersepadu IC 555, pin-pin dikenal pasti dengan cara yang berikut.


NE 555

1
8
 

bumi                                                punca positif
2
7
 

picu                                                            nyahcas
3
6
                                                                                             
5
keluaran                                                  ambang
4
set semula masa masa                                                     voltan kawalan

Litar bersepadu NE 555
d.      Fungsi pin perlulah dirujuk pada lembaran data yang dapat diperoleh daripada pembekal.

5.      Ciri-ciri litar bersepadu IC 555 ialah:
a.      Litar ini berfungsi seperti jam yang dapat diset masa permulaan dan akhir;
b.      Litar ini mempunyai 25 transistor, 15 perintang dan dua diod yang disepadukan;
c.       Litar ini mempunyai lapan pin atau kaki seperti yang berikut:
Pin 1: bumi
Pin 2: picu
Pin 3: keluaran (output)
Pin 4: set semula masa (reset)
Pin 5: voltan kawalan (control voltage)
Pin 6: ambang (threshold)
Pin 7: nyahcas (discharge)
Pin 8: punca positif (3V hingga 15 V)

6.      Pin nombor 1 dikenal pasti di sebelah kiri lubang atau notch. Nombor pin yang lainnya adalah mengikut turutan lawan jam.

1 ulasan:

  1. sugarboo extra long digital titanium styler
    Ingredients: sugar, sugar, sugar, sugar, sugar, sugar, trex titanium headphones sugar, sugar, sugar, sugar, sugar, sugar, sugar, sugar, used ford escape titanium sugar, sugar, ion chrome vs titanium sugar, infiniti pro rainbow titanium flat iron sugar, apple watch stainless steel vs titanium sugar, sugar, sugar, sugar,

    BalasPadam