Rabu, 3 September 2014



)
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN TIGA
BAB 1 : REKA CIPTA

  • Penghasilan produk baru atau pengubahsuaian produk yang mempunyai nilai komersial  dan memenuhi keperluan serta kehendak pengguna.
Proses reka cipta :

1.1  Pengenalpastian masalah

  • Mengenal pasti masalah
Cth : alat tulis bersepah, sukar untuk dicari apabila diperlukan
         Dokumen penting selalu hilang kerana tiada tempat simpan khas

  • Mengumpul maklumat dan data
Data : maklumat terperinci mengenai sesuatu masalah.Boleh diperolehi daripada katalog, lembaran spesifikasi dan manual produk.
Cara dapatkan maklumat :
-         Pengalaman sendiri
-         Pembacaan dan penyelidikan
-         Soal selidik
-         Melayari internet
-         Lawatan
-         Bimbingan guru
-         Pemerhatian
* rujuk jadual 1 m/s 4

  • Menganalisis maklumat
* Rujuk jadual 1.2 m/s 6
Kaji kekuatan dan kelemahan produk.Buat perbandingan.

  • Menyenarai idea penyelesaian masalah
-         Dalam bentuk lakaran bebas projek
3 lakaran.

1.2  Pemilihan idea
  • Menilai dan memilih idea yang paling sesuai
Aspek yang diambilkira :
i.                    Keupayaan kendiri dari segi fizikal dan kemudahan sedia ada
ii.                   Pengetahuan dan kemahiran sedia ada
iii.                  Bahan & komponen sesuai, mudah didapati, kos rendah & tidak membebankan
iv.                  Cara pembuatan produk mudah
v.                   Kepentingan produk boleh menyelesai masalah dan memenuhi keperluan pengguna
vi.                  Mesra alam

1.3  Perekaan projek
Proses untuk membentuk projek yang hendak dikeluarkan.
Rujuk rajah 1.5 m.s 10 ( carta alir proses perekaan projek )

  • Melakar beberapa reka bentuk projek

1.4  Pemilihan reka bentuk
  • Menilai dan memilih konsep reka bentuk
Faktor utama penilaian reka bentuk :
i.                   Fungsi - berfungsi dengan berkesan
ii.                  Rupa bentuk – sesuai & menarik
iii.                 Kesesuaian bahan – sesuai & mudah diperolehi
iv.                 Kaedah binaan – sesuai & mudah
v.                  Ketahanan – tahan lasak
vi.                 Kos – tidak terlalu tinggi
vii.                Kemasan – sesuai & menarik
viii.               Keselamatan – selamat digunakan
ix.                 Nilai komersial – berpotensi untuk dipasarkan

  • Menbuat lukisan kerja berdasarkan lukisan unjuran ortografik
Rujuk rajah 1.8 m/s 12

1.5  Perancangan pembinaan projek
Dilakukan dengan sistematik.

  • Mengenal pasti bahan dan kesesuaiannya
Sesuai dengan ketahanan projek

  • Mengenal pasti dan memilih alatan

Proses
Alatan tangan yang sesuai
Mengukur & menanda
Pita pengukur, pensel, pembaris keluli, sesiku L, tolok serong
Memotong
Gergaji tangan, gergaji putting,gergaji lengkung halus
Membentuk
Pahat tepi serong, kikir parut
Mencantum
Tukul kuku kambing, tukul warrington, gandin kayu
Kemasan
Berus cat, berus syelek, pengikis, penyembur cat


  • Membuat jadual kerja dan mengira kos pengeluaran
Rujuk jadual 1.4 dan 1.5 m/s 14
Kos bahan, upah, overhed dan pengeluaran untuk 100 unit.

1.6  Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek
  • Mengukur, menanda dan memotong
           Gunakan alat yang sesuai

  • Membina dan mencantum bahagian projek
Pembinaan tanggam, mengglu, memaku, memasang skru dan meribet.
Bahan & alatan mesti sesuai
  • Memeriksa dan menguji sambungan dan pemasangan
          Memastikan projek kukuh & berfungsi

  • Menguji dan menilai projek
Memastikan projek berfungsi sepenuhnya.
Sebarang pengubahsuaian dilakukan pada peringkat ini.
  • Membuat kemasan
Bahan ; tepung penyumbat, syelek, lekar, cat dan pelekat
Tujuan :
i.                   Menghasilkan permukaan licin & cantik
ii.                  Melindungi permukaan projek
iii.                 Memudahkan kerja pembersihan
iv.                 Selamat untuk digunakan


Bahan kemasan
Pelarut
Syelek
Spirit metil
Lekar & tona kayu
Thinner
Cat licau
Turpentin


1.7  Pendokumentasian
Dalam bentuk folio
  • Mengumpul dan merekodkan maklumat berkaitan projek yang dibina
Dokumentasi : laporan lengkap secara bertulis mengenai projek yang telah disiapkan.
1.      Tajuk projek atau nama produk : Rak pelbagai guna
2.      Latar belakang :
i.                     Pernyataan masalah : Meja bersepah kerana ruang menyimpan tidak sesuai
ii.                   Produk sedia ada : tidak sesuai, kurang menarik dan penggunaan terhad
iii.                  Cadangan projek : menyediakan satu rak pelbagai guna
3.      Objektif dan fungsi produk :
Menyimpan alat tulis dan kotak cakera padat
4.      Deskripsi produk
i.                     Bahan dan komponen
-         Menyenaraikan semua bahan dan komponen yang digunakan untuk membuat
          produk dari segi jenis, kuantiti dan kos
ii.                   Jadual kerja
-         Merekod aktiviti semasa pembinaan secara sistematik
iii.                  Lukisan kerja
-         Mengandungi lukisan kerja projek yang akan dibuat & maklumat yang berkaitan
          dengan pembinaan

iv.                 Pembinaan
-         Menyenaraikan langkah2 kerja dalam pembinaan projek
-         Menyatakan jenis pengujian yang dilakukan untuk menguji pemasangan &
          penyambungan
-         Keputusan ujian perlu dilaporkan

5.      Rujukan atau bibliografi
-         senarai bahan rujukan

6.      Lampiran

  • Membuat persembahan projek
Tujuan :
-         Menyatakan ciri-ciri projek seperti fungsi, jenis bahan, kos dan keistimewaan
           projek
-         Merangkumi pengenalpastian masalah perancangan projek, pembinaanprojek,
           kemasan dan pengiraan kos
-         Menyatakan masalah yang dihadapi ketika menjalankan proses penghasilan
          projek
-         Memberi maklumat tepat dan jelas
-         Menyediakan bahan-bahan yang dapat membantu persembahan dan harus
          disediakan seperti gambar dan carta
-         Mendapatkan komen membina daripada kawan dan guru
-         Memperbaiki kualiti produk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan