Khamis, 4 September 2014

tingkatan 2 -masakan


4.1 Perancangan Menu
-Berikut adalah faktor-faktor penting yang perlu diambil kira sewaktu merancang menu atau menrancang sesuatu masakan:
• Tujuan hidangan (formal atau tidak formal)
• Kegemaran/Ketidak sukaan ahli.
• Keperluan (berkaitan kesihatan ahli)
• Keseimbangan sajian (warna, rasa, bahan, kaedah)
• Perbelanjaan (wang, bajet)
• Bilangan ahli keluarga.
4.2 Hidangan Sepinggan Lengkap
- Hidangan Sepinggan Lengkap ialah hidangan yang seimbang yang mempunyai kandungan nutrien yang lengkap untuk tubuh. (nutrien ialah karbohidrat, protein, vitamin, lemak, garam mineral dan air)
Contoh:-
• Bagi cara orang timur – mi goreng, nasi lemak, nasi goreng
• Bagi cara barat – burger, sandwic, pizza
• Bagi masyarakat setempat – lontong, laksa johor, nasi dagang
• Minuman:-
- minuman berkhasiat: susu, koko, bijirin
- minuman menyegarkan: air buah, air botol atau tin.
4.3 Alat kelengkapan dapur
- alat kelengkapan dapur seperti alas meja, kain dapur, gubahan bunga dan kad menu digunakan semasa menyedia, memasak dan menyaji makanan.
- makanan yang dihidangkan dengan alatan dan kelengkapan dapur yang sempurna akan kelihatan lebih menarik dan menyelerakan

Rabu, 3 September 2014

Tanaman Hiasan


Jenis-jenis alatan tangan & bahagian-bahagiannya

page correctly (http://nota-khb-ert.blogspot.com/2010/12/tingkatan-3-elektronik.html)
Nuffnang Ads


Tingkatan 3 : Elektronik

3.1 Komponen Elektronik
3.1.1 Litar Bersepadu
Litar bersepadu ialah sejenis komponen elektrik yang paling
popular digunakan pada peralatan elektronik.
Binaan
* I.C mengandungi gabungan komponen elektronik seperti
transistor,perintang,diod,dan pemuat yang diperbuat daripada
bahan separa pengalir.
* Gabungan ini dapat menghasilkan satu pakej yang sangat kecil
yang dinamakan serpihan. Serpihan mempunyai satu litar
lengkap atau separa lengkap.
* Wayar emas biasanya digunakan untuk menyambung serpihan
pada pin-pin I.C.
* Serpihan I.C ditutup dengan perumah plastik atau logam bagi
melindunginya daripada rosak.
* Pin-pin atau kaki I.C akan bertambah sekiranya litarnya
mempunyai fungsi yang kompleks.
Fungsi
* I.C berfungsi sebagai satu litar yang kompleks dan kecil saiznya
bagi menjimatkan ruang.
* Setiap pin I.C mempunyai fungsi yang tertentu. Nombor-nombor
yang terdapat pada pin I.C dapat menyatakan fungsi-fungsi I.C
dengan merujuk kepada lembaran data.
* Lembar data boleh diperoleh daripada pengilang atau pembekal
yang membekalkan I.C tersebut.

I.C Muzik
1) I.C muzik merupakan komponen elektronik yang menyerupai
sebuah transistor.
2) I.C muzik mempunyai 3 kaki.
3) Perbezaan IC muzik dengan transistor biasa, komponen ini dilihat
pada nombor yang tercetak pada badan IC muzik berkenaan. IC
muzik yang biasa digunakan ialah BT 66T-19L atau FT 66T-68L.
4) Irama yang dihasilkan oleh IC muzik yang digunakan dalam projek
akan berbeza mengikut nombor atau jenis IC muzik yang digunakan.

Kaedah Pengguna IC dan Cara Penyimpanan
1) IC adalah sangat kompleks dan sensitif, maka ia harus digunakan
secara berhati-hati supaya dapat mengelakkan kerosakan terutama
pada bahagian kakinya.
2) Kerosakan IC boleh berlaku apabila suhu terlalu tinggi atau voltan
arus yang berlebihan melaluinya.
3) Bagi mengelakkan kerosakan, soket IC harus digunakan untuk
pematerian pada litar. Jangan pateri terus kepada IC.

3.1.2 Suis Mikro
Suis mikro adalah suis yang sangat kecil.
Binaan
1) Suis mikro mempunyai tiga pin di bahagian bawahnya, iaitu pin
COM (Common), pin NO (Normally open), dan pin NC (Normally
Closed).
2) Pin COM bertindak sebagai punca neutral dalam litar. Manakala
pin NO dan pin NC bertindak sebagai punca hidup.
3) Dalam keadaan biasa suis mikro, satu litar lengkap akan berlaku
daripada pin COM ke pin NC kerana spring menyentuh sesentuh A.
4) Manakala apabila tuil penolak ditekan, penolak akan menolak
spring dan menyentuh sesentuh B. Maka satu litar lengkap akan
berlaku daripada pin COM ke pin NO.
Fungsi
1) Suis mikro merupakan suis yang mempunyai dua fungsi dalam
satu suis, suis mikro boleh bertindak sebagai suis tekan tutup dan
suis tekan buka.
2) Suis mikro biasa digunakan dalam sistem penggera dan bertindak
sebagai suis pemutus keselamatan.

3.1.3 Mikrofon
1) Mikrofon ialah komponen elektronik yang berfungsi untuk menerima
gelombang bunyi dan menukarkannya kepada gelombang elektrik.
2) Jenis mikrofon yang biasa digunakan ialah jenis:\
a) mikrofon gegelung bergerak (dinamik)
b) mikrofon jenis pemuat
c) mikrofon jenis karbon
Binaan
1) Mikrofon mempunyai sejenis komponen yang dinamakan transduser
yang berfungsi untuk mengesan gelombang bunyi.
2) Gelombang bunyi yang terkena kepada transduser akan ditukarkan
kepada gelombang elektrik.
3) Transduser yang biasa digunakan dalam mikrofon ialah transduser
jenis gegelung bergerak, jenis pemuat, dan jenis karbon.

3.1.4 Pembesar Suara
1) Pembesar suara merupakan komponen elektronik yang digunakan
pada alatan dan perkakas yang mengeluarkan bunyi.
2) Ia berfungsi untuk menukarkan gelombang elektrik kepada
gelombang bunyi.
Binaan
1) Pembesar suara terdiri daripada magnet kekal, diafragma, gegelung
dawai, kerangka, dan tamatan.
2) Gegelung dililit pada kertas keras yang berbentuk silinder dan
dilekatkan di hujung diafragma.
3) Gegelung ini ditempatkan dalam sela udara pada magnet kekal.
4) Kerangka digunakan untuk memegang diafragma supaya tidak tertanggal.
Fungsi
1) Gegelung elektrik yang masuk pada tamatan akan mengalir
melalui gegelung.
2) Hal ini akan menyebabkan medan magnet dihasilkan pada
gegelung.
3) Medan magnet ini akan bertindak balas dengan medan magnet
yang dihasilkan oleh magnet kekal.
4) Tindak balas akan menyebabkan gegelung menolak diafragma.
5) Tolakan ini berlaku berulang kali dan menyebabkan diafragma
bergetar.
6) Getaran ini akan menghasilkan gelombang bunyi.

3.2 Membaca dan Menterjemah Lukisan Skematik
Lukisan skematik merupakan lukisan yang menggambarkan susunan dan
kedudukan komponen bagi sesuatu projek melalui simbol. Butiran yang
diperoleh dalam lukisan skematik ialah:
a) Komponen
b) Cara penyambungan\
c) Punca bekalan
d) Punca tamatan

3.3 Penghasilan Projek
Langkah-langkah menghasilkan projek:
1) Membentuk Kaki Komponen
2) Memasang Komponen
3) Menyemak Pemasangan
4) Mematerikan Kaki Komponen
5) Memotong Kaki Komponen yang Berlebihan
6) Menguji Projek
7) Membersih dan Menyimpan Alatan Tangan dan Bahan
8) Aplikasi Projek


)
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN TIGA
BAB 1 : REKA CIPTA

  • Penghasilan produk baru atau pengubahsuaian produk yang mempunyai nilai komersial  dan memenuhi keperluan serta kehendak pengguna.
Proses reka cipta :

1.1  Pengenalpastian masalah

  • Mengenal pasti masalah
Cth : alat tulis bersepah, sukar untuk dicari apabila diperlukan
         Dokumen penting selalu hilang kerana tiada tempat simpan khas

  • Mengumpul maklumat dan data
Data : maklumat terperinci mengenai sesuatu masalah.Boleh diperolehi daripada katalog, lembaran spesifikasi dan manual produk.
Cara dapatkan maklumat :
-         Pengalaman sendiri
-         Pembacaan dan penyelidikan
-         Soal selidik
-         Melayari internet
-         Lawatan
-         Bimbingan guru
-         Pemerhatian
* rujuk jadual 1 m/s 4

  • Menganalisis maklumat
* Rujuk jadual 1.2 m/s 6
Kaji kekuatan dan kelemahan produk.Buat perbandingan.

  • Menyenarai idea penyelesaian masalah
-         Dalam bentuk lakaran bebas projek
3 lakaran.

1.2  Pemilihan idea
  • Menilai dan memilih idea yang paling sesuai
Aspek yang diambilkira :
i.                    Keupayaan kendiri dari segi fizikal dan kemudahan sedia ada
ii.                   Pengetahuan dan kemahiran sedia ada
iii.                  Bahan & komponen sesuai, mudah didapati, kos rendah & tidak membebankan
iv.                  Cara pembuatan produk mudah
v.                   Kepentingan produk boleh menyelesai masalah dan memenuhi keperluan pengguna
vi.                  Mesra alam

1.3  Perekaan projek
Proses untuk membentuk projek yang hendak dikeluarkan.
Rujuk rajah 1.5 m.s 10 ( carta alir proses perekaan projek )

  • Melakar beberapa reka bentuk projek

1.4  Pemilihan reka bentuk
  • Menilai dan memilih konsep reka bentuk
Faktor utama penilaian reka bentuk :
i.                   Fungsi - berfungsi dengan berkesan
ii.                  Rupa bentuk – sesuai & menarik
iii.                 Kesesuaian bahan – sesuai & mudah diperolehi
iv.                 Kaedah binaan – sesuai & mudah
v.                  Ketahanan – tahan lasak
vi.                 Kos – tidak terlalu tinggi
vii.                Kemasan – sesuai & menarik
viii.               Keselamatan – selamat digunakan
ix.                 Nilai komersial – berpotensi untuk dipasarkan

  • Menbuat lukisan kerja berdasarkan lukisan unjuran ortografik
Rujuk rajah 1.8 m/s 12

1.5  Perancangan pembinaan projek
Dilakukan dengan sistematik.

  • Mengenal pasti bahan dan kesesuaiannya
Sesuai dengan ketahanan projek

  • Mengenal pasti dan memilih alatan

Proses
Alatan tangan yang sesuai
Mengukur & menanda
Pita pengukur, pensel, pembaris keluli, sesiku L, tolok serong
Memotong
Gergaji tangan, gergaji putting,gergaji lengkung halus
Membentuk
Pahat tepi serong, kikir parut
Mencantum
Tukul kuku kambing, tukul warrington, gandin kayu
Kemasan
Berus cat, berus syelek, pengikis, penyembur cat


  • Membuat jadual kerja dan mengira kos pengeluaran
Rujuk jadual 1.4 dan 1.5 m/s 14
Kos bahan, upah, overhed dan pengeluaran untuk 100 unit.

1.6  Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek
  • Mengukur, menanda dan memotong
           Gunakan alat yang sesuai

  • Membina dan mencantum bahagian projek
Pembinaan tanggam, mengglu, memaku, memasang skru dan meribet.
Bahan & alatan mesti sesuai
  • Memeriksa dan menguji sambungan dan pemasangan
          Memastikan projek kukuh & berfungsi

  • Menguji dan menilai projek
Memastikan projek berfungsi sepenuhnya.
Sebarang pengubahsuaian dilakukan pada peringkat ini.
  • Membuat kemasan
Bahan ; tepung penyumbat, syelek, lekar, cat dan pelekat
Tujuan :
i.                   Menghasilkan permukaan licin & cantik
ii.                  Melindungi permukaan projek
iii.                 Memudahkan kerja pembersihan
iv.                 Selamat untuk digunakan


Bahan kemasan
Pelarut
Syelek
Spirit metil
Lekar & tona kayu
Thinner
Cat licau
Turpentin


1.7  Pendokumentasian
Dalam bentuk folio
  • Mengumpul dan merekodkan maklumat berkaitan projek yang dibina
Dokumentasi : laporan lengkap secara bertulis mengenai projek yang telah disiapkan.
1.      Tajuk projek atau nama produk : Rak pelbagai guna
2.      Latar belakang :
i.                     Pernyataan masalah : Meja bersepah kerana ruang menyimpan tidak sesuai
ii.                   Produk sedia ada : tidak sesuai, kurang menarik dan penggunaan terhad
iii.                  Cadangan projek : menyediakan satu rak pelbagai guna
3.      Objektif dan fungsi produk :
Menyimpan alat tulis dan kotak cakera padat
4.      Deskripsi produk
i.                     Bahan dan komponen
-         Menyenaraikan semua bahan dan komponen yang digunakan untuk membuat
          produk dari segi jenis, kuantiti dan kos
ii.                   Jadual kerja
-         Merekod aktiviti semasa pembinaan secara sistematik
iii.                  Lukisan kerja
-         Mengandungi lukisan kerja projek yang akan dibuat & maklumat yang berkaitan
          dengan pembinaan

iv.                 Pembinaan
-         Menyenaraikan langkah2 kerja dalam pembinaan projek
-         Menyatakan jenis pengujian yang dilakukan untuk menguji pemasangan &
          penyambungan
-         Keputusan ujian perlu dilaporkan

5.      Rujukan atau bibliografi
-         senarai bahan rujukan

6.      Lampiran

  • Membuat persembahan projek
Tujuan :
-         Menyatakan ciri-ciri projek seperti fungsi, jenis bahan, kos dan keistimewaan
           projek
-         Merangkumi pengenalpastian masalah perancangan projek, pembinaanprojek,
           kemasan dan pengiraan kos
-         Menyatakan masalah yang dihadapi ketika menjalankan proses penghasilan
          projek
-         Memberi maklumat tepat dan jelas
-         Menyediakan bahan-bahan yang dapat membantu persembahan dan harus
          disediakan seperti gambar dan carta
-         Mendapatkan komen membina daripada kawan dan guru
-         Memperbaiki kualiti produk



                                     LATIHAN PENGUKUHAN



Bab 5 : Tanaman Hiasan


A.      Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

reput                      saliran                   pengudaraan       tiga per empat
nutrien                 formalin               pasu                       liang roma
tanah                     loam                      air sabun              dilembapkan

1.       Pemasuan semula memudahkan tanaman menerima cahaya dan ______________
2.       Pasu terpakai haruslah direndam di dalam larutan ________________ semalaman sebelum digunakan.
3.       Fungsi pasir sungai adalah untuk memperbaiki sistem saliran dan _____________  pada medium.
4.       Selepas menyediakan medium, tangan hendaklah dibasuh dengan ____________.
5.       Saiz ______________ yang dipilih bergantung kepada pokok yang akan ditanam.
6.       Pasu tanah liat mempunyai _____________ yang berfungsi sebagai ruang pengudaraan.
7.       ________________ mengandungi butir-butir hat yang dapat mengukuhkan pokok.
8.       Bahan organik yang digunakan semasa menyediakan medium memasu mestilah cukup ______________.
9.       Campuran medium yang telah digaul dengan sebati dimasukkan ke dalam pasu sehingga memenuhi _______________ bahagian pasu.
10.    Medium tanaman hiasan perlu ____________ sebelum dikeluarkan daripada pasu.

B.      Susun langkah-langkah menyediakan medium memasu yang betul

·         Masukkan medium memasu sehingga 1/3 pasu.
·         Gaul bahan-bahan medium hingga sebati.
·         Sukat bahan-bahan medium mengikut nisbah 7:3:2.
·         Tapis bahan medium iaitu tanah loam, bahan organik dan pasir sungai.

1.        
……………………………………...........

…………………………………………...
2.        
……………………………………...........

…………………………………………...
3.        
……………………………………...........

…………………………………………...
4.        
……………………………………...........

…………………………………………...






Bab 2 : Elektronik


A.      Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.

1.       ________________ : Memancarkan cahaya daripada haba yang tinggi apabila arus elektrik mengalir melaluinya.
2.       ________________ : Mengurangkan arus dalam litar. Semakin tinggi nilai rintangan, semakin rendah arus mengalir, Unit bacaannya ialah ohm (Ω).
3.       ________________ : Membuka dan menutup litar.
4.       ________________ : Menyimpan dan membuang cas elektrik. Bagi yang bernilai besar akan menyimpan lebih banyak tenaga elektrik dan mengambil masa yang lebih lama untuk mengecas. Unit bacaannya ialah farad (F).
5.       ________________ : Berfungsi sebagai suis. Bertindak meninggikan arus, voltan, dan kuasa. Melalui nombor kod di badannya, 2 jenis (NPN dan PNP).
6.       ________________ : Menukar gelombang elektrik kepada gelombang bunyi. Menghasilkan bunyi berfrekuensi tinggi seperti penggera dan siren.
7.       Apakah fungsi alat pemateri elektrik?


8.       Pateri adalah sejenis bahan aloi yang terdiri daripada ____________________ dan ________________________.

9.       Fluks digunakan semasa memateri untuk ________________________.

10.    Nyatakan dua sebab sambungan yang dipateri tidak kukuh dan sempurna.
a.       ___________________________________________________________
b.       ___________________________________________________________
11.    Pateri yang melimpah ke balapan lain pada bod litar akan menyebabkan ________________________.

12.    Hasil pematerian yang baik dan kukuh biasa kelihatan ____________________, ___________________ dan __________________.

13.    Wayar yang berlebihan pada tamatan bod litar selepas pematerian dibuang dengan menggunakan ________________________.


B.      Nyatakan bacaan nilai rintangan pada perintang berikut.





Jalur 1
Jalur 2
Jalur 3
Jalur 4
Nilai Perintang
1.    
Kuning
Merah
Kuning
Perak
Ω
2.    
Merah
Perang
Merah
Emas
Ω
3.    
Perang
Jingga
Hitam
Tiada
Ω
4.    
Biru
Hijau
Hitam
Tiada
Ω
5.    
Putih
Merah
Perang
Emas
Ω




Bab 1 :Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

A.    Isikan tempat-tempat kosong di bawah dengan jawapan yang sesuai.


reka bentuk     kertas las               gandin getah         syelek                     mengukur
merivet             glu panas               kos                          engsel                     perspek 
fungsi                akrilik                     PVC                        kemasan               penebuk pusat
dokumentasi   aluminium            teknologi               persembahan       menanda


1.     ___________________ ialah pengetahuan dan pengajian mengenai usaha manusia mencipta produk.
2.     ___________________ memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita kerana ia mempengaruhi setiap perkara yang kita lakukan.
3.     Antara faktor-faktor yang mempengaruhi rekabentuk : ________________ dan ______________________.
4.     ___________________merupakan sejenis logam bukan ferus.
5.     Perspek dikenali juga sebagai kepingan ____________________.
6.     Plastik Polyvinyl Chloride adalah nama penuh bagi _________________.
7.     Pisau pemotong perspek digunakan untuk memotong _______________.
8.     ___________________adalah satu laporan bertulis mengenai hasil rekaan seseorang.
9.     Proses terakhir dalam proses reka bentuk ialah ____________________.
10.  Kaedah ______________ boleh digunakan untuk mencantum logam nipis.
11.  ____________________ mempunyai sudut hujung mata antara 600 - 900.
12.  Projek kayu yang telah siap boleh disapu dengan bahan kemasan _________________.
13.  Proses pembinaan melibatkan aktiviti _______________ dan  _____________ pada bahan projek.
14.  __________________ digunakan untuk melicinkan permukaan kayu sebelum proses kemasan dilakukan.
15.  Keluli lembut yang nipis dibentuk dengan menggunakan _____________.
16.  ___________________ dipasang sebagai sendi pada pintu objek